Kali Pertama Berteater
August 21st, 2008Foto istimewa bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir menyaksikan teater Ibu Zain

My show

Photo link :
www.budiey.com
minaq-jinggo
fotobudaya
Cat in Bipop 10/08/2008
August 11th, 2008Cat bawa watak Miss Ruth
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
Excerpt from the article :
Catriona pula pertama kali beraksi di pentas teater. Sudah rezekinya sebaik saja pulih daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, dua tahun dulu, Catriona tidak menang tangan dengan tawaran lakonan yang mencurah-curah.
- Alhamdullilah, sejak kembali berlakon, saya belum lagi berhenti rehat hingga hari ini. Saya seronok apabila ditawarkan berlakon teater, sesuatu yang tak pernah saya cuba selama ini. Sebelum ini, saya pernah ditawarkan berlakon beberapa teater tapi terpaksa ditolak sebab terikat dengan penggambaran drama.
- Ketika berehat di rumah dulu, pernah juga terdetik dalam hati saya nak cuba berlakon teater tetapi tidaklah saya menyangka hajat itu kesampaian secepat ini. Sudah rezeki saya. Walaupun bukanlah watak utama tetapi peranan yang diberikan pada saya, Miss Ruth antara watak penting dalam teater ini.
- Saya memegang peranan sebagai seorang guru besar pada zaman British yang menitik beratkan agama dan budaya masyarakat Islam di kampung. Beliau juga menghalang pertukaran agama. Walaupun hanya membabitkan beberapa babak, tetapi watak Miss Ruth agak berat buat saya, katanya.
- Saya juga akan berduet dengan Nurfatimah menerusi satu lagu. Terserahlah pada penonton untuk menilai nyanyian saya. Dulu saya hanya menyanyi di karaoke, saya sendiri tak tahu sejauh mana kemampuan saya menyanyi. Apabila diminta berduet dengan Nurfatimah, saya rasa agak berat kerana Nurfatimah memiliki suara yang sedap, saya pula suara hanya setakat menyanyi di karaoke Tetapi demi watak Miss Ruth, saya cuba yang terbaik, katanya.
You can read the entire entry at Bintang popular
Cat in Pancaindera Mingguan Malaysia 10/08/2008
August 11th, 2008Muzikal Ibu Zain dari perspektif pelakon
Oleh WANDA IDRIS
Excerpt from the aticle :
Sementara itu Catriona Ross dan Mazin Ameen Siraj juga menyatakan rasa gembira mereka terhadap pementasan ini. Bagi Catriona, selain merupakan peluang pertama menonjolkan bakat di pentas teater, ia medium terbaik mempersembahkan lakonan.
Apalagi, antara yang terlibat dalam pementasan ini adalah nama besar dalam bidang teater seperti Datuk rahim Razali, Liza Othman dan Sharonizam Noor.
“Saya terima kerana saya memang teringin sangat berlakon teater. Sebab teater ini lain emosinya, lain jiwanya. Ini tempat belajar seni persembahan yang terbaik.
“Ia satu persembahan secara langsung dan besar tanggungjawab yang perlu dipikul untuk merealisasikan watak kerana kita menjadi pelakon yang gagal jika khalayak tidak merasai emosinya,” kata Catriona yang bakal melakonkan watak Miss Ruth, pengetua Sekolah Perempuan Methodist, Melaka, tempat Ibu Zain bersekolah.
Pernah mendapat tawaran sebelum ini malang sekali ia tidak dapat direalisasikan kerana Catriona mengalami kemalangan dan terpaksa berehat sehingga 10 bulan setengah.
Kini apabila mendapat peluang, kata gadis berasal dari Kelantan itu, dia tidak mahu melepaskannya apalagi wataknya menarik walaupun tidak besar.
“Kesan watak itu yang penting kerana ia menonjolkan insan yang menyelamatkan pendirian anak bangsa Melayu yang beragama Islam,” katanya yang bakal banyak terlibat dalam babak bersama Avaa dan Nur Fatimah di pentas.
You can read the entire entry at Utusan Malaysia Online
Cat Terjun ke Bidang Teater
August 7th, 2008Catt, Mazin raih kepercayaan
Oleh Faizal Saharuni
DUA nama ini, Catriona Ross dan Mazin Siraj boleh diibarat pelakon baru di dalam dunia seni tempatan. Masih mengasah bakat yang ada untuk menempat nama di lantai lakon seiring anak seni terkemuka lain.
Tuah nampaknya terus datang menyebelahi. Penglibatan mereka dalam dunia lakon nyata tidak sia-sia, malah turut membuka mata pihak lain apabila diberi peluang menggalas watak dalam sebuah teater bakal menemui audiens tidak lama lagi.
Bukannya sembarangan atau calang-calang teater, tetapi teater yang mampu meniup zarah dan semangat membara patriotisme. Umum mengetahui, lantai teater tempatan sering mempersembah ceritera nasionalisme sebagai bahan penceritaan utama.
Lalu apabila pengarah dan penulis skrip, Rosminah Mohd. Tahir ingin kembali dengan buah tangan terbaru, Teater Muzikal Ibu Zain, pasti ramai yang teruja.
Masakan tidak, sudah pasti peminat tidak mahu ketinggalan terpercik aura teater muzikal berkonsep patriotik yang bakal dicerna penuh bervariasi, sarat melodi dan rentak tari.
Teater ini menggalas tanggungjawab besar, sebesar hasrat nurani untuk membangkitkan apresiasi buat Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Ibu Zain.
Namun, apabila beberapa nama baru bak Catriona dan Mazin dipilih untuk menjana karakter yang tidak kurang hebatnya, maka timbul persoalan, layakkah pelakon mentah ini menjadi aset melatari pementasan bermakna ini.
Si cantik manis, Catriona Bahrin Ross atau lebih mesra disapa Catt tidak gentar saat diminta membela diri. Akui Catt, sejak terjun ke persada lakonan beberapa tahun lalu, impian untuk berlakon teater tidak pernah terpadam di fikirannya.
“Sebelum mengalami kemalangan setahun lepas, saya pernah menerima dua tawaran berlakon teater termasuk daripada Datuk Rahim Razali.
“Saya memang nak terlibat dengan teater. Alhamdulillah, nasib saya baik dan diterima memegang watak Miss Ruth.
“Miss Ruth merupakan seorang pengetua berbangsa Britain yang menghalang kemasukan dan penyebaran dakyah agama Kristian.
“Saya perlu muncul dengan loghat bahasa Inggeris, tetapi tetap punya cinta mendalam terhadap agama Islam serta menyelamatkan anak-anak muda daripada dipengaruhi ajaran Kristian.
“Baik atau buruk bawa watak ini, saya terima seadanya. Bagi saya, kalau saya tidak bermula sekarang, entah bila lagi saya dapat berlakon teater apatah lagi dapat mempelajari akar umbi sendiri.
“Jadi saya akan berikan sepenuh komitmen dan tunjukkan impak terbaik,” jelasnya yang memperlihat keterujaan dapat berlakon dalam teater sulungnya, Ibu Zain.
Dari bait kata yang terlahir daripada bibirnya, gadis muda ini memberitahu sama ada berjaya atau tidak, hanya penonton sahaja yang akan memberi jawapan setelah menyaksikan aksinya di lantai teater kelak.
Kali pertama mendalami ilmu teater, komitmen Catt terhadap muzikal ini wajar dipuji. Demi memenuhi tuntutan latihan dan penghayatan watak secara intensif, Catt rela belajar banyak perkara walau bermula daripada bawah.
“Berlakon drama dan teater umpama dua perkara berlainan. Teater memerlukan latihan emosi dan penjiwaan yang penuh berbanding berlakon drama yang direkod.
“Dengan melibatkan diri dalam teater, saya kena buat sehabis baik. Andai ada kesalahan pergerakan atau skrip, saya kena bijak menutup segala kelemahan yang dibuat bagi mengelakkan penonton tersedar.
“Teater memerlukan komitmen seratus-peratus. Itulah kelainan berlakon teater dan drama,” jawab Catt lebih lanjut.
Bukan sahaja ujian pertama buat Catt di lantai pementasan, sebaliknya teater ini juga menguji kematangan lakonan untuk menyesuaikan dirinya di sisi pelakon wanita lain seperti Avaa Vanja, Nurfatimah dan ramai lagi.
Mendefinisi teater sebagai bidang seni menuntut kawalan emosi yang cukup kuat, Catt menambah: “Keyakinan diri adalah perkara terpenting dalam menjayakan persembahan teater. Segala-galanya perlu dikawal, begitu juga dengan lontaran vokal, itulah yang paling mustahak. Sebutan kena dijaga termasuk bahasa tubuh dan pergerakan.”
Dari segi kelayakan untuk menjadi seorang pelakon dan komitmen yang dicurah, kualiti memang ada pada diri Catt.
Cuma apa yang menjadi tanda tanya, bagaimana pula dengan kemampuan Catt untuk menawan khalayak teater yang lebih selesa dengan nama-nama besar untuk beraksi di pentas gah Panggung Sari, Istana Budaya.Mendapatkan kepastian, tuan empunya badan ada pendapat tersendiri.
“Seperti yang saya katakan tadi, saya akan berikan hasil terbaik buat khalayak. Saya anggap teater jadi platform untuk baiki mutu lakonan saya.
“Mana tahu lepas ini saya akan banyak berlakon dalam teater. Kalau dapat tawaran lain setelah berlakon Ibu Zain, saya tak akan fikir panjang untuk terima,” ujar Catt pantas tersenyum manis.
Bagi pelakon kacak, Mazin Ameen Siraj yang memegang peranan Amin mengakui sukar melakukan kajian atau penyelidikan tentang karakter yang dibawa.
“Saya cuba cari di internet, namun tidak menjumpai apa-apa maklumat tentang Amin. Saya hanya menjumpai informasi tentang Ibu Zain.
“Saya boleh katakan skrip Ibu Zain sebenarnya banyak membantu untuk meluah watak Amin dengan baik walaupun adegan saya tidaklah terlalu banyak.
“Nama Amin bagaimanapun tetap disebut-sebut menerusi pengucapan pelakon lain dalam dialog mereka,” ungkap Mazin yang telah melibatkan diri dalam lapan buah teater termasuk Ibu Zain.
Mazin menyambung bicara, pengalaman mula melibatkan diri dengan latihan teater ini bermula awal Julai lalu benar-benar membahagiakan Mazin dan barisan pelakon lain.
“Barangkali suasana bekerja di Istana Budaya, grup pelakon berskala besar dan meriah membuatkan kita macam berada dalam satu parti.
“Kami selalu minta tunjuk ajar antara satu sama lain bagi memperhalusi lakonan masing-masing supaya lebih cemerlang. Itulah yang membuatkan kami sentiasa gembira dengan produksi ini.
“Bekerjasama dengan dua individu - Siti Rohayah Attan dan Rosminah Mohd. Tahir selaku orang kuat Teater Muzikal Ibu Zain juga menjadikan semua pelakon dan krew yang terlibat berada dalam situasi santai tanpa menghadapi sebarang tekanan.
“Kami memerlukan persekitaran tenang kala melibatkan diri di dalam teater. Dengan sikap keterbukaan pengarah dan penerbit Ibu Zain, kami dapat bekerja dengan situasi terkawal.
“Walaupun sentiasa amalkan sikap bertolak ansur pada semua pelakon, tapi kami tak ambil kesempatan dengan kebaikan mereka.
“Sebaliknya kami begitu menghormati mereka dan terus menonjolkan lakonan mantap bagi memuaskan hati semua pihak,” kata Mazin jujur.
Sebagai maklumat tambahan, Teater Muzikal Ibu Zain juga dibarisi pelakon lain seperti Liza Othman, Datuk Rahim Razali, Abby Nadzri, Sahronizam Noor dan Hisham Ahmad Tajuddin.
Tiket-tiket untuk menyaksikan Teater Muzikal Ibu Zain pada 12 hingga 18 Ogos ini berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 sudah mula dijual.
Peminat boleh membeli tiket berkenaan di Box Office Istana Budaya atau pembelian menerusi internet laman web, www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4149 8600 untuk maklumat lanjut.
Sumber : Kosmo Online
Cat in Melodi (TV3) - July 27th 2008
August 6th, 2008Gifts Sales…UP TO 70%!
May 13th, 2008DAPATKAN SEKARANG…
Happening langkawi trip!
March 24th, 2008
“Bestnya bro tengok Cat menikmati keindahan Pulau Lagenda dari Gunung Machingcang…romantica de amor wo!”
Interested to see more Kc Langkawi trip photo album? Yup you can!…just click the nice pinky album down here… “Click album!”
The Story :
Day 1 :-
Semua mengantuk dan blur, perjalanan 7 jam dari KL ke Kuala Perlis betul-betul membuatkan kami amat keletihan. Tambahan pula, kami tidak dapat tidur semalaman kerana ada seseorang yang bergayut di talian sepanjang malam. Siapa lah agaknya ya?!
Semua nak terpengsan sebenarnya, tetapi begitu teruja apabila kaki memijak ke pulau lagenda. Kami memulakan explorasi dengan meninjau Kuah, bandar Langkawi. Kemudian ke Kota Mahsuri, meneliti sejarah, menelan pahit hempedu, merasa perit seolah terpalit sengsara Mahsuri.
Selepas itu, kami makan tengahari di restoran lauk kampung yang berdekatan sebelum checkin ke Langura Resort dan semua tidur sampai petang! Sebelah malamnya, kami dinner at the beach front! Romantik! Apa aktiviti malam?…karaoke lah apa lagi.
Day 2 :-
Walaupun penat karaoke semalam tetapi pagi ini semua orang bangun awal kerana aktiviti penuh untuk seharian. Selepas breakfast, kami ikut trip Mangrove River Cruise. Semua sibuk posing atas bot sewaktu menghala ke gua kelawar, bukan mudah melihat stalagmite dan stalaglite, peninggalan ribuan tahun. Selepas itu ke fish farm, melihat spesis ikan, belangkas dan siput yang berbagai. Sesudah itu, semua bergambar dengan helang yang berterbangan, simbol pulau Mahsuri.
Dah penat menjadi duyung di bot, kami ke Telaga Air Hangat, merendam kaki dengan air mineral, Cat and Bro pulak, ambil kesempatan berurut kat situ. Rm15 untuk 15 minit. Not bad. Lepas tu lunch, pekena ikan bakaq. Dah kenyang semua…seterusnya ke Cable Car!!…so exciting! Sempatlah kami naik ke suspension bridge yang berada dipuncak gunung Matchingcang tempat Shah Rukh Khan berlakon dalam movie DON!
Ramai yang takut rupa-rupanya…tapi Cat pujuk semua. Menikmati pemandangan dari atas sana. Bukan calang-calang peluang. Bila dah penat di atas, kami turun menikmati cendol Langkawi. Sebelum tu sempat juga kami bergambar dengan ular dan burung Helang. Bertolak dari situ, kami sempat juga menjenguk Sutera Harbour, memang sangat indah pemandangan di sini.
Received a call from Nissya, all our books and calendar are sold to all the bookstore in Langkawi. We were so pleased! Malamnya, apa lagi…enjoy dengan BBQ laa…It was fantastic! Apatah lagi apabila dibuat di tepi pantai. So exciting!
Day 3 :-
Cat and Bro gopoh-gopoh pergi interview di RTM today. Another exciting day. Lepas tu kami pulang ke resort, packing barang-barang dan semua ke pekan Kuah, shopping! After that tibalah masanya kami ke jetty. Masa untuk berpisah…
“We will return…”
By: Catriona Ross.
Anugerah
February 6th, 2008
Pernahkah kita mempersoalkan asal usul kita, mana datangnya kita dan apa tujuan kita lahir ke dunia? Kata orang tua-tua, haram bagi kita menyelidik dari mana datangnya kita serta mempersoalkan kejadian makhluk. Ahli sains dan cerdik pandai, menyogok kita dengan fakta perihal proses evolusi serta bagaimana janin boleh terbentuk.
Jadi seawal usia 12 tahun, saya mengambil jalan singkat, supaya tidak terkandas antara dosa dan hukum haram. Saya menyedari benak fikiran yang masih cetek mula mempersoalkan apa tujuan manusia lahir ke dunia. Pasti tak berdosa saya kira, kerana mengikut kata ustazah di sekolah, setiap insan yang lahir, bergelar khalifah. “Setiap khalifah, tak kiralah apa asal usul, punya tugas, punya tanggungjawab,” kata Ustazah Maryam. Tapi apa tugasannya? Lama sungguh saya menyelam, berfikir, buntu tentang fakta itu. Tapi, 15 tahun kemudian, saya ketemu jawapannya.
Khalifah bukan bererti kelahiran kita harus istimewa dari keturunan wali-wali agung atau beribu bapakan golongan alim ulama atau berdarahkan bangsawan keturunan sultan. Khalifah itu adalah kita, makhluk ciptaan Allah S.W.T yang punya tanggungjawab menyebarkan kebaikan di dunia. Tidak bermakna daawah kita hanya dari firman Allah semata atau sabda Rasul S.A.W kerana daawah boleh datang dari bibir manusia kerdil asal kita tahu hala tuju dan berasaskan ad-Din kita yang suci.
10 hari lepas, dah termaktub dalam perjanjian Tuhan, saya kembali ke situasi asal. Allah Maha Penyayang, Dia dengar tangisan hiba saya, Dia melihat air mata saya, Dia merasa semangat saya, Dia mengetahui kehendak saya. Pendek kata Dia tahu segala. Masih saya ingat bagaimana lena saya di hospital bertemankan air mata, mengharapkan sempurna kesudahannya. Masih saya dengar suara serak saya meminta ampun dari ibu hampir tiap malam, seandainya saya pergi dulu, sekurangnya terhapus dosa saya. Terngiang di kuping telinga, bagaimana saya berzikir, bertafakur, bertasbih sendiri, kerana saat seksa sebegitu, Kalamullah atasi semuanya.
Saya insan yang paling bersyukur saat ini barangkali. Segala doa saya mohon waktu bertadah tangan, Allah terima. Segala impian yang saya simpan sikit pun tak lunyai, Allah beri. Tiada kata yang dapat menggambarkan pengakhiran perjalanan saya, hanya secebis niat yang tersimpan dalam hati, hanya ingin mereka yang diluar sedar pada kebesaran Dia. Biar pun saya bukan keturunan wali agung, walau darah saya bukan warisan bangsawan tapi saya hamba yang pernah melalui keperitan itu dan kerana percayakan kuasa Tuhan serta berpegang pada semangat serta kemahuan yang Dia campakkan pada saya, syukur, Dia anugerahkan saya sesuatu yang tak mungkin dapat saya beli dengan wang ringgit.
Hampir 10 purnama saya lena hanya bermimpikan keadaan sesempurna dulu, selama hampir setahun saya tolak cemuhan orang yang mengatakan mungkin saya cacat dan selama itu saya berbisik dengan diri sebelum tidur, “The day will come..” , akhirnya waktu itu tiba. Allah rencanakan hidup saya dan tiap kali kaki saya melangkah, saya rasa kerdil, saya sedar Dialah yang punya kuasa, memberhentikan perjalanan sekelip mata dan Dia juga yang menganugerahkan kesempurnaan sewaktu tiba masa. Pokoknya, saya merasa begitu tersanjung, terpilih sebagai antara insan yang boleh hidup berbekalkan semangat kerana andai bukan semangat yang terselit, bagaimana mungkin saya lalui perjalanan getir itu. Walau kasih sayang melimpah ruah dari kaum keluarga, biarpun kunjungan rakan taulan tak putus tapi tak saya percaya, prosesnya tak mudah jika tiada azimat kental yang tersemat dalam dada dan azimat saya hanyalah “Believe it,He will make it better”.
Titisan air mata saya berakhir tatkala saya menyimpan tongkat ke almari. Berakhir sudah episod itu. Saya mula bertatih, tak ubah seperti anak kecil setahun jagung. Ada waktu saya cuba mengimbangi badan, menggapai ke udara, ada masa saya berjalan menghampiri dinding supaya hilang rasa khuatir, seolah ada tempat bersandar. Lenguh kaki saya, sakit sendi saya berakhir beberapa hari yang lepas. Biarpun saya belum boleh berlari, walau perjalanan saya belum sepantas peragawati di pentas peragaan tapi inilah impian saya. Supaya berjalan tanpa cacat celanya. Sengaja saya berlatih setiap hari supaya otot kaki bertambah kuat dan ini anugerah Tuhan pada saya, tidak mungkin saya persiakan.
Biar pun ibu masih berkeras mahu saya beristirehat, saya masih aktif ke sana sini kerana
segalanya perlukan usaha. Saya sudah menghampiri garisan penamat jadi biarlah sempurna semua dengan izin Nya. Segala tohmahan dan cemuhan, kata-kata kesat manusia jahil, saya tepis. Semua derita sakit sewaktu operasi saya tanggung sendiri jadi apalah lenguh kaki atau kejang otot jika dibandingkan dengan itu semua. Bak kata seorang yang cukup saya hormati, Duri Ku Mamah, Onak Ku Lapah.
Percayalah pada rasa, percayalah pada gerak hati dan percaya pada kuasa Tuhan. Dia BUKAN menyeksa hambaNya. Semua yang terjadi punya Hikmah tersendiri kerana He has better plans for us. Just believe in that.
Catriona Ross.
Going To Langkawi !
February 1st, 2008 
Yayyyyyyy!!!! Good news untuk every one! Guess what! Cat dah berjaya dapatkan pakej yang agak reasonable untuk semua supaya tidak begitu membebankan maklumlah kita semua nak bercuti sambil berseronok isnt it? Bukan nak fikir hal-hal kewangan kan? So senyum sikit dan baca apa yang tersedia buat kita.
Percutian kita ke Langkawi bermula pada 21, 22 serta 23hb Mac. Penginapan selama 3 hari 2 malam beserta breakfast, lunch dan dinner termasuk kos BBQ tak lupa kos ferry transfer pergi dan balik serta bus ride dari KL-Langkawi-KL hanya RM290! Not bad at all kan?
Sengaja Cat pilih pakej Free n Easy kerana Cat dapat tahu melalui survey dan email, bukanlah semua berminat nak melancong dan berjalan semata-mata. Ada yang nak pergi shopping, ada yang suka berkaraoke, ada yang tak gayat pada ketinggian Cable Car Rides, ada yang tak mahu join Mangrove River Cruise dan ada pula yang mahu bersantai sebaik di Langkawi jadi berdasarkan pilihan anda, the package is Free n Easy!
Tak perlulah kita risau pada rencana dan acara yang akan dilakukan kerana kita semua punya kebebasan memilih aktiviti sebaik saja sampai ke Langkawi. Bagi yang mahu bersantai di resort boleh teruskan dan bagi mereka yang mahu join Cat dengan aktiviti menarik sewaktu disana bolehlah berbincang dengan Cat setibanya di sana.
So far, Cat teringin nak pergi naik Cable Car, Mangrove River Cruise dan parasailing. Bagi yang hanya mahu bershopping semata-mata boleh teruskan bersama Cat juga. Jadi tak perlu risau pada aktiviti yang mungkin tak memberikan keselesaan pada anda. Ahhhhhh….Im so excited nak pergi Langkawi!!!!!!!!!!
*FREE BONUS
Anda juga diberi bonus RM30 Voucher…KHAS untuk anda gunakan semasa mendaftar KC WORKSHOP bulan April nanti.
LAST PAYMENT : By 28 FEB all paid to account Cat.
Bank: MAYBANK
Nombor Akaun : 164 128 505 470
Nama : Catriona Noorhayati Ross bt Bahrin Ross
Berita terakhir, Bro dan Cat gembira nak share bersama you all, kami terbabit dalam interview bersama Radio Langkawi!!!!!!!!!!!!!!! Alang-alang disana, we all bertemu lah peminat dan to the bloggers yang ada waktu itu,please join and lets make that happening. Sayang anda semua! Jangan lupa, book ur places cepat-cepat ok. Tempat sangat terhad.
Info: Bilik resort terhad buat 4 orang/Quad sharing tapi jika ada yang mahu berdua di bilik resort, please add RM15 per person.





















